Rabu, 26 Oktober 2011

manusia dan kesusasteraan

MANUSIA dan KESUSASTERAAN

     Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah SWT adalah paling sempurna dibandingkan dengan makhluk yang lainya, termasuk diantaranya Malaikat, Jin, Iblis, Binatang, dll.

     Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada arti kata yang lebih luas, kesusasteraan bisa dibilang sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.

     Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-hari, kedua bentuk kesusasteraan memang tidak terpisah dari kehidupan kita. Misalnya, kita akan mendengar musik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan berbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.(Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas).
   
     Kesusasteraan Minangkabau memiliki sejarah hubungan yang panjang dengan kesusasteraan Indonesia. Ketika “pusat” politik berusaha mendefinisikan Minang, dan apa pun yang di luarnya sebagai wilayah “daerah”, dalam wilayah kebudayaan, kesusasteraan Minang justru memiliki semacam “otoritas” (kompas.com).

     Dapat disimpulkan bahwa kesusasteraan merupakan sebagian daripada budaya manusia, Kesusasteraan adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri (Wikipedia Bahsa Melayu, ensiklopedia bebas).

  • Bentuk-bentuk kesusasteraan:
     Kesusasteraan dilahirkan dalam berbagai bentuk bahasa. Dan secara kasarnya kesusasteraan dapat dikategorikan dalam 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, yakni:
• Prosa
• Puisi

      Prosa melihat kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tata bahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, essei dan sebagainya.

     Puisi melihat kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tata bahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera dan sebagainya.(Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas).

  • Jenis-jenis kesusasteraan:
     Hasil kesuasteraan dikategorikan secara semantik, yakni dari segi isi, kesusasteraan dapat dibagi menjadi dua kategori yang besar, yakni:
• Naratif
• Bukan Naratif

     Kesusasteaan Naratif merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot. Dengan kata lain, kesusasteraan adalah bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur watak, masa berlaku dan tempat berlaku. Kesusasteraan ini biasanya dilahirkan dalam bentuk prosa, tetapi dalam keadaan tertentu ia juga dilahirkan dalam keadaan puisi, seperti apa yang dimaksudkan sebagai syair naratif seperti: Syair Siti Zubaidah.Kesusasteraan naratif adalah satu hiburan yang biasa terdapat dalam kehidupan manusia. Dalam masyarakat moden, kita dapat menjumpai kesusasteraan naratif dalam bentuk cerpen, komik, filem, drama dan sebagainya.

     Kesusasteraan bukan Naratif melihat kepada hasil kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif. Kesusteraan ini lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi.
  • Struktur teks kesusasteraan:
     Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam berbagai cara, dan salah satu cara yang biasa ditemui adalah dalam bentuk teks, yakni dalam bentuk tulisan yang tersusun. Teks kesusasteraan merupakan satu bentuk binaan yang terdiri daripada unsur-unsur seperti apa yang sebut di bawah:
• Tema
• Gaya Bahasa

    Yang berikutnya untuk sastera naratif sahaja:
• Plot
• Watak dan Perwatakan
• Sudut Pandangan
• Latar

     Kehadiran unsur-unsur ini dalam teks kesusasteraan membedakan teks kesusasteraan dengan bentuk tulisan yang lain seperti tulisan sains(ilmiah).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar